Ujian Psikologi

Minat boleh didefinisikan sebagai motivasi intrinsik yang menjadi penggerak seseorang dalam melakukan aktiviti dengan penuh ketekunan, kesedaran dan mendatangkan perasaan senang, suka dan gembira (Hurlock, 1993; Ginting, 2005).

Anak-anak pelajar boleh membuat ujian berikut untuk mengenalpasti bidang kerjaya yang sesuai dengan minat dan personaliti anak-anak.

1. Inventori MInat Kerjaya (IMK)

IMK adalah ujian bagi mengukur minat minat kerjaya para pelajar. Minat kerjaya dibahagikan kepada  6 bidang iaitu Realistik, Investigatif, Artsitik, Sosial, Keusahawanan (Enterprising) dan Konvensional (Conventional) (RIASEC). Berdasarkan skor yang diperolehi daripada ujian ini, pelajar boleh mengenal pasti kerjaya yang sesuai dengan minatnya.

  • Realistik – pertanian, perhutanan, perkhidmatan perlindungan dan pekerjaan berkemahiran.
  • Investigatif – kejuruteraan, matematik, sains dan perubatan.
  • Artistik – seni, hiburan, persuratan dan perundangan.
  • Sosial – sukan, perkhidmatan persendirian dan perkhidmatan sosial.
  • Enterprising – pentadbiran perniagaan, analisis perniagaan dan urusniaga.
  • Conventional – pekerjaan pegawai tadbir dan perkeranian

Klik di sini untuk ambil Ujian minat kerjaya.

2. Inventori Personaliti Sidek (IPS) 

Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.

Walaupun jangka masa untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan secara khusus, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit.

Klik di sini untuk download Inventori Personaliti Sidek – IPS

Selepas menjawab IPS anda boleh rujuk  Interpretasi IPS untuk panduan pengiraan markah dan seterusnya mengetahui ciri-ciri personaliti anda.

2 thoughts on “Ujian Psikologi

  1. Pingback: 11 Sebab Mengantuk Semasa Belajar dan Cara Mengatasinya | Motivasi Islamik dalam Usaha Menuntut Ilmu dan Bekerjaya

  2. Pingback: Formula Kejayaan | Motivasi Islamik dalam Usaha Menuntut Ilmu dan Bekerjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>