Take a break: READ

Pagi ini seorang kawan umi menghantar mesej whatsapp mengenai program “Take a break, READ” yang dilancarkan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara di Putrajaya. Kebetulan, memang hari ini umi merancang untuk menulis mengenai tajuk “baca”.

Alhamdulillah, umi baru selesai membaca sebuah novel Melayu bertajuk Versus yang ditulis oleh Hlovate. Bagus buku ni, terutamanya untuk mereka yang ingin berubah menjadi lebih baik.

Sebenarnya sudah lama umi tidak memegang novel Melayu. Umi lebih banyak membaca buku biography dan novel dalam bahasa Inggeris. Namun, buku yang umi terjumpa dalam bilik anak perempuan ini, membuka minda bahawa buku-buku Melayu pun banyak yang bagus.

Versus, sebuah novel Islamik membawa umi mengimbau kembali masa belajar di Miami dalam tahun awal 80’an. Cerita mengenai pelajar U yang berbagai ragam, dan yang utamanya mengenai keinginan untuk berubah menjadi “baik”.

14 point penting yang umi dapat dari Versus

  1. “Dalam hati setiap wanita yang bergelar Muslim itu sepatutnya memang tidak berbelah bahagi diserahan kepada Dia. Tiada belah bahagi untuk mengatakan yang Dia adalah segalanya, lebih daripada yang lain. Pada Dia diletakkan ketakutan, pada Dia diletakkan harapan, pada dia diletakkan kepercayaan, pada Dia dipohon pertolongan, pada Dia dipinta kasih sayang.”
  2. “Patut kita muhasabah diri kita dengan apa yang telah digariskan dalam al-Quran dan sunah. Cuba kita timbang diri kita dengan neraca yang sama. Cukup atau tidak untuk kita letak diri kita sebagai individu Muslim yang ideal. Sejahtera ka akidah kita? sahih ka ibadah kita? Kadang-kadang apabila kita baca satu dua buku pun dah rasa masya-Allah.. hebatnya aku. Berilmu. Apabila buat qiyam sekali-sekali dah rasa masya-Allah… zuhudnya aku.” Astagfirullah, tulisan ini menyelinap rasa apabila teringat perasaan riak yang pernah melanda.
  3. Persoalanya macam mana nak jadi baik? Untuk menjawab persoalan itu kita kena takrifkan ‘baik’ tu dulu. Antara jawapannya:
    1. Sesiapa yang beriman dengan Allah itu baik.
    2. Buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua yang Dia larang.
    3. Selagi tidak embrace Islam sepenuhnya, tak cukup baik la kiranya seperti yang di minta dalam surah al-Baqarah ayat 208, “Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata”.
    4. Bila masuk ke dalam Islam seluruhnya, then THAT is ‘baik”. Dan kita kena ingat, Allah tengok usaha, bukannya natijah atau hasil.
  4. “Look is only skin deep. Take your time. Dalam tu yang nak kena dijaga dulu. Hubungan dengan Allah nak kena jaga, hubungan dengan manusia jangan buat lupa.”
  5. “If you forget of what you were, you’d never be grateful of what you are.”
  6. “All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us. If you want to find solace and balm for the sore, the words will heal it straight away, sooth you anytime.”
  7. “Perlu selalu bersyukur dengan what you’re now, and nonetheless before.”
  8. “Verily he who has nothing of the Qur’aan in his heart, is like a house which has been destroyed.”
  9. “You cannot control your emotion. But you can always control your action.”
  10. “You’ll never reach perfection because theres always room for improvement. Yet all the way to perfection you’ll learn to get better.”
  11. “You can be the most beautiful bloom of all, only if you give yourself the chance to try the fertilizer.”
  12. “Apabila kita solat sepatutnya secara automatik juga akan jaga benda-benda lain. Kalau faham maksud bacaan dan betul-betul menghayati erti solat itu sendiri, sepatutnya memang hal-hal yang lain pun terjaga. Bukan ke, dalam doa iftitah yang dibaca setiap kali solat sepatutnya dah meletakkan ikrar, “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya maka kerana itu aku rela diperintah dan aku ni adalah termasuk golongan orang Islam.”
  13. “Expertise, readiness, and knowledge are also needed in marriage. A young man must possess enough information about his wife’s principles of values and internal desires. He must also be aware of marital problems and ways of solving them. He should not regard marriage as merely buying goods or hiring maid, but to acknowledge it as a treaty of friendship, and cooperation in joint family life.” (Ibrahim Amini (2002). Principles of Marriage and Family Ethics. Iran: Ansariyan Publications.
  14. “Kalau kita berdoa tu, mudah je sebenarnya. Kalau tak tau doa Arab, lafaz je apa saja yang terlintas di hati. Semua itu ilham Allah. Mintak apa saja, nyatakan apa saja. Buat macam recite daily journal. Apa yang kita dah jalankan, apa yang kita sesalkan, apa yang kita syukurkan, apa yang harap diampuni. Harapan kita untuk berubah dan mengubah, harapan kita untuk masa depan yang indah. Just simply talk to him. Dia sentiasa mendengar sebab Dia Maha Mendengar. No matter how you say it. No matter when and where. No matter what. Doa tu wireless. Dan coverage dia masuk satu universe.”

Membaca, mengenal, memahami dan menghadamkan.

Screen Shot 2014-09-21 at 1.07.51 PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *