Stres

Sejak kebelakangan ini, umi dapati ramai rakan-rakan umi yang diserang pelbagai jenis penyakit sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan pemantauan kesihatan.

Malah ada di antaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar. Dalam beberapa kes, doktor tidak dapat mengesahkan punca penyakit mereka. Yang pastinya mereka kuat bekerja dan mungkin terperangkap dalam ‘rat race’ sehingga memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental.

Berdasarkan pembacaan umi daripada jurnal kesihatan, kita tidak boleh menafikan kemungkinan penyakit tanpa sebab yang berlaku sekarang adalah disebabkan terlalu kuat bekerja. Banyak bukti menunjukkan bahawa stres boleh menjadi faktor penyumbang kepada berbagai jenis penyakit.

Definisi Stres

Stres adalah respon tubuh sesorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar seperti surat pinjaman bank tertunggak, kawan, pekerjaan atau hubungan dengan pasangan. Stres juga boleh datang dari fikiran sendiri misalnya bagaimana kita membuat penilaian terhadap diri.

Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar hidup kita lebih baik.

Jenis-jenis Stres

  1. Kekecewaan yang berlaku kerana ssorang itu tidak dapat mencapai matlamat yang disasarkan. Contohnya tidak mendapat straight A’s dalam peperiksaan.
  2. Konflik dalaman yang menimbulkan kerunsingan. Jika tidak dikawal boleh membawa kepada sakit jiwa.
  3. Perubahan yang berlaku dalam kehidupan. Contohnya ditinggalkan orang menjadi tempat bergantung seperti isteri kematian suami.
  4. Tekanan disebabkan faktor luar seperti persedian menghadapi peperiksaan.

Tindak Balas Stres

  1. Respon emosi – seperti marah, gelisah, takut atau sedih.
  2. Respon fisiologikal – sepert rangsangan fizikal, tindak balas hormon, perubahan neurokimia dan ebagainya.
  3. Respon behavioral – seperti menunjukkan muka, meninggikan suara, tumbuk menubuk, merungut, memikir menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Tanda-tanda Stres

  1. Gelisah
  2. Merokok berlebihan
  3. Kerisauan berlebihan
  4. Kelesuan
  5. Gangguan selera makan atau makan secara berlebihan
  6. Gangguan tidur
  7. Mabuk arak
  8. Mudah meradang
  9. Hilang tumpuan dan motivasi
  10. Tingkah laku agresif

7 Cara Mengatasi Stres

  1. Tidur sejenak
  2. Pengurutan
  3. Mengekspresi diri secara artistik
  4. Kerap ketawa
  5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
  6. Amalkan gaya hidup sihat
  7. Dekatkan diri dengan Allah melalui doa, amalan solat sunat dan membaca Quran.

 

doa untuk mengatasi stres

 (‘Ali ‘Imran: 173)

Cuba Ujian Kesihatan Mental untuk menilai tahap kesihatan mental anda. Sekiranya anda termasuk dalam kategori stres eloklah anda amalkan teknik mengatasi stres supaya kesihatan mental anda dapat dipulihkan.

Video Mengenai Stres

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *