Senaman Mata

Ramai dalam kalangan pengguna komputer menghadapi masalah dengan mata. Lazimnya, stres mata dikaitkan dengan penggunaan komputer yang menyebabkan gangguan penglihatan, mata kering dan sakit kepala. Stres mata yang keterlaluan juga mengakibatkan badan menjadi letih dan boleh mengganggu produktiviti dan kecekapan kerja.

Selain membetulkan ergonomik komputer, pengguna komputer juga disarankan untuk membuat senaman mata. Hal ini kerana otot-otot mata juga sama seperti bahagian badan yang lain, memerlukan senaman. Apabila melakukan senaman mata secara tidak langsung ia akan membantu otot-otot mata menjadi kuat dan aktif serta mengurangkan ketegangan.

5 Langkah Senaman Mata

1. Gerakkan kedua belah anak mata ke arah tepi kanan dan kiri tanpa menggerakkan leher dan kepala. Ulang sebanyak lima kali.

Senaman mata 1 Senaman mata 2

2.  Gerakkan anak mata ke atas dan ke bawah tanpa menggerakkan leher dan kepala. Ulang sebanyak lima kali.

Senaman mata 3 Senaman mata 4

3.  Seterusnya tumpukan pandangan ke satu titik dan gerakkan anak mata secara membulat mengikut arah putaran jam sebanyak lima kali. Tukar arah gerakan anak mata mengikut arah lawan putaran jam sebanyak lima kali juga

. Senaman mata 5

Pengguna komputer juga disarankan untuk melakukan senaman mata menggunakan tapak tangan (palming). Duduk selesa di kerusi dengan keadaan tangan yang bersih. Antara langkah untuk melakukan senaman mata menggunakan tapak tangan adalah seperti yang berikut:

4.  Gosok kedua-dua belah tapak tangan sehingga berasa panas.

Senaman mata 6

5.  Pejamkan mata dan letakkan tapak tangan di mata dengan keadaan jari-jari kanan bersilangan sedikit dengan jari-jari kiri. Jangan tekan mata dengan tapak tangan. Ulang sebanyak 3 – 5 kali.

Senaman mata 7

Semasa bekerja dengan komputer, amalkan mengambil rehat pendek pada setiap 20 – 30 minit bekerja. Lakukan senaman mata selama 1 – 2 minit dan kemudian teruskan bekerja dengan tenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *