Saham Akhirat

Ruangan ini umi peruntukan untuk menjual saham akhirat.

Sesiapa yang ingin mengiklan kutipan derma, boleh hubungi umi untuk disenaraikan dalam halaman ini. Insya Allah, umi akan cuba menyemak kesahihan akaun kutipan derma sebelum disenaraikan di sini.

Tuan/puan/anak-anak yang ingin bersedekah, bolehlah memilih pelaburan yang sesuai dan terus masukkan ke dalam akaun berkenaan. Umi tidak bertanggung jawab atas sebarang masalah yang mungkin timbul daripada transaksi tuan/puan/anak-anak.

Umi hanya sekadar membantu mengiklankan tabung kutipan derma yang sahih sahaja. Tiada sebarang caj dikenakan untuk disenaraikan di sini.

Marilah kita sama-sama menghayati ayat-ayat quran berikut mengenai kelebihan bersedekah:

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” (Al-Baqarah: 245)

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Al-Baqarah: 261)

“Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Al-Baqarah: 262)

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” (Al-Baqarah:268)

Jom bersedekah!!

 

1.  Derma Pembinaan Masjid Mukim Pauh Panji Kota Bharu Kelantan

masjid kampung pauh

Tapak asal : Lot 362

Keluasan lantai : 33,600 kaki persegi

Kos binaan: RM 3.8 juta

Kapasiti: 2000 orang jemaah

Tempoh siap: 2 tahun

Sumbangan terus ke dalam akaun Pengurusan Dana Pembinaan Masjid

Maybank Islamic. No. Akaun: 5531 3100 0976

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-9822102 (Hj. Awang)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *