Pertahanan dari godaan syaitan

Hari ini umi hendak berkongsi sedikit ilmu daripada buku “Apa ertinya saya menganut Islam”, tulisan Fathi Yakan. Bahagian pertama membentangkan sifat-sifat yang semestinya wujud pada setiap muslim, supaya dengan kewujudan sifat-sifat ini beliau benar-benar Islam.

6 sifat yang yang seharusnya ada dalam diri setiap muslim ialah di sudut akidah, ibadah, akhlak, keluarga, dapat menguasai diri dan yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam.

Dalam usaha untuk menguasai diri, cabaran utama ialah menghadapi cabaran-cabaran syaitan dan fantasi iblis. Islam telah menunjukkan kepada manusia beberapa perkara supaya dapat menolongnya bertahan dalam pertarungan dengan syaitan dan membolehkannya berjaya menewaskan musuh ketatnya itu.

Syaitan memasuki manusia dari 10 pintu dan cara menghadapinya:

  1. Tamak dan jahat sangka – Hadapinya dengan sifat menaruh kepercayan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.
  2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan – Hadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.
  3. Cintakan kerehatan dan nikmat – Hadapinya dengan menyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan menyakini balasan buruk.
  4. Kagum pada diri sendiri (ujub) – Hadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan siksa.
  5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka – Hadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.
  6. Hasad – Hadapinya dengan sifat qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.
  7. Ria’ dan sukakan pujian manusia – Hadapinya dengan sifat ikhlas.
  8. Bakhil – Hadapinya dengan menyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi Allah itu kekal.
  9. Takabbur – Hadainya dengan dengan sifat tawadhu’.
  10. Tamak – Hadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

Di antara arahan yang dituntut oleh Islam sebagai suatu jalan untuk mengelakkan diri daripada panah dan tipu daya iblis ialah:

  1. Mengingati Allah dengan membaca Bismillah sewaktu mula melakukan semua kerja.
  2. Menjauhkan makan terlalu banyak, bermewah-mewah sekalipun halal dan bersih.
  3. Membaca al-Qur’an, berzikir dan beristighfar.
  4. Menjauhi sifat tergesa-gesa dan sentiasa berhati-hati dalam semua perkara.

Al-A'raf 201

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *