Percaya sebagai satu kuasa yang menakjubkan

Setiap manusia mempunyai cita-cita untuk memperolehi kejayaan dan kebahagiaan di dalam hidup mereka. Setiap manusia mahu hidup senang, mempunyai wang yang banyak, rumah yang besar, kereta besar, terkenal dan disanjung sentiasa. Tetapi kemahuan dan cita-cita itu akan tetap tinggal cita-cita dan ia tidak akan dapat diterjemahkan menjadi kenyataan sekiranya cita-cita dan kemahuan itu tidak disertai dengan kepercayaan serta keyakinan yang sepenuhnya.

Kita mestilah percaya bahawa apa yang kita cita-cita dan idamkan itu akan tetap terlaksana. Hanya dengan kepercayaan dan keyakinan yang bersungguh-sungguh sahajalah kita akan memperolehi apa yang kita hajati dan idamkan iu.

Setiap tindakan dan kejayaan kita adalah berpunca dan bermula dari kepercayaan serta keyakinan. Ia merupakan akar umbi yang mendorong seseorang itu bertindak hingga mencapai kejayaan. Percaya atau yakin merupakan satu konsep hidup yang amat penting bagi setiap manusia yang hidup di dunia ini.

Konsep percaya adalah satu konsep hidup yang positif. Kuasa positif inilah yang akan mendorong seseorang merancang, bertindak dan berusaha. Percaya kepada diri sendiri adalah kuasa atau tenaga yang akan menggerakkan seseorang itu untuk mengorak langkah dan melaksanakan kegiatan-kegiatan yang akan menghasilkan kejayaan.

Namun begitu, kepercayaan itu sendiri bukanlah satu kuasa yang mutlak yang boleh menjamin terlaksananya cita-cita, matlamat atau objektif seseorang. Kuasa mutlak yang sebenarnya terletak pada Allah Yang Maha Esa.

Oleh itu, percayalah yang anda boleh berjaya mencapai apa yang dihajati diiringi doa dan tawakkal kepada Allah. Amalkan membaca ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’. Ayat ini merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelesaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

ayat_seribu_dinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *