Penyakit Moden

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ini, umi dapati ramai rakan-rakan umi yang diserang pelbagai jenis penyakit sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan pemantauan kesihatan.

Malah ada di antaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar. Dalam beberapa kes, doktor tidak dapat mengesahkan punca penyakit mereka. Yang pastinya mereka kuat bekerja dan mungkin terperangkap dalamrat racesehingga memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental.

Berdasarkan pembacaan umi daripada jurnal kesihatan, kita tidak boleh menafikan kemungkinan penyakit tanpa sebab yang berlaku sekarang adalah disebabkan terlalu kuat bekerja. Banyak bukti menunjukkan bahawa stres kerja boleh menjadi faktor penyumbang kepada berbagai jenis penyakit. Apatah lagi pekerjaan sekarang memerlukan duduk lama mengadap komputer.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Selain kesan ringan tersebut, tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal melaporkan kajian menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di stesen kerja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku.

Kajian tersebut mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap trombosis pembuluh darah vena (Deep Vein Thrombosis – DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer. 

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata, sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. 

DVT berlaku kerana darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan duduk yang lama. Gumpalan darah yang terjadi di bahagian kaki boleh berpindah ke jantung, paru-paru atau otak dan menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Keadaan boleh menjadi lebih buruk apabila bilik berhawa dingin yang diduduki terlalu sejuk. Suhu bilik yang terlalu sejuk mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

5 Tip Pencegahan DVT

  1. Gunakan stokin khas untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah. Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
  2. Amalkan senaman mikro semasa bekerja. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki.
  3. Elakkan meminum air batu.
  4. Laraskan suhu hawa dingin kepada 24 darjah celcius.
  5. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air. Sebaiknya air panas atau suam.

Beringatlah sebelum kena! Jika sudah terkena penyakit, walaupun ada rawatan, hakikatnya memang akan menyusahkan kehidupan. Dalam era digital, kita tidak boleh lari daripada menggunakan komputer. Akan tetapi, kita perlu mengetahui cara yang terbaik menggunakan komputer supaya ia dapat memberikan manafaat kepada kehidupan dan kesihatan sepanjang hayat.

One thought on “Penyakit Moden

  1. Hello, Neat post. There is a problem with your site in web explorer,
    would check this? IE still is the marketplace chief and a large part of other folks will pass
    over your magnificent writing because of this problem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *