Penulis

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan semua pengikutnya di seluruh alam.

Umi ialah bekas pensyarah IPTA yang bersara. Tujuan umi membangunkan blog ini ialah untuk mencari “kekayaan yang hakiki”.

Alhamdulillah, setakat ini umi sudah punya segalanya yang orang mahu di dunia ini. Umi ada seorang suami yang soleh, hartawan, budiman dan penyayang. Kesemua tujuh anak umi sihat, berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. Mudah-mudahan semuanya anak soleh.  Umi bersyukur diberi kesihatan yang baik dan boleh ‘retire young, retire rich’. Umi juga punya adik-beradik yang rapat dan mesra bersama kedua ibu-bapa yang masih sihat untuk berdoa kepada umi adik-beradik. Semoga Allah reda dengan apa yang umi ada sekarang dan selamanya.

Harapan umi ialah untuk terus menulis bagi meluahkan rasa hati, berkongsi apa saja sedikit ilmu dan pengalaman yang umi ada dengan ‘netizen’ terutama anak-anak semua. Semoga masa yang umi luangkan untuk menulis artikel dapat dihitung sebagai amalan baik di akhirat kelak.

Insyaallah, umi berjanji untuk menjadikan blog ini sebagai wadah untuk motivasi diri umi sendiri, anak-anak umi dan pembaca lain yang mungkin boleh mendapat manfaat dari apa yang umi nukilkan di blog ini. Umi berdoa supaya niat umi menulis blog ini sentiasa betul, iaitu untuk mendapat rahmat dan reda Allah semata-mata. Umi tidak berniat untuk mengaut kekayaan dan populariti dunia melalui blog apatah lagi untuk menjadi  jutawan internet. Yang umi harapkan ialah kekayaan yang hakiki.

“Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat” (Hadis Riwayat Bukhari)

sharifah mastura syed mohamad

Sharifah Mastura Syed Mohamad

Ph. D. IT Project Management (USM)
M. Sc. Computer Information Systems (Miami)
B. Sc. Computer Science (Miami)

Emel: emel-alaresources1

________________________________________________________________________

PENAFIAN (Disclaimer)

Maklumat yang terkandung dalam blog ini adalah berdasarkan sedikit ilmu, pengalaman dan rujukan ilmiah penulis daripada berbagai sumber.

Anda menggunakan blog adalah atas risiko anda keseluruhannya. Anda mesti menilai menanggung segala risiko ke atas apa-apa jua yang berkaitan dengan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung di dalam blog, termasuk kepercayaan ke atas ketepatan maklumat, kesempurnaan atau faedah kegunaan apa juga kandungan.

Anda perlu mendapatkan nasihat persendirian anda sendiri berhubung maklumat demikian. Walaupun penulis akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk mengekalkan kandungan setepat mungkin, penulis tidak akan memikul tanggung jawab untuk menyediakan sokongan atau perkhidmatan mengawal selia ke atas kandungan.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *