Kaya dan Berjaya

Kalau anda bercita-cita mahu menjadi kaya dan memperolehi banyak wang, anda seharusnya memilih untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bukannya bekerja makan gaji.

Tidak dinafikan bekerja makan gaji membolehkan anda hidup senang dan selesa, tetapi tidak boleh mengumpulkan kekayaan dan memiliki wang dan harta yang banyak. Jika anda berminat untuk berniaga, pastikan perniagaan itu adalah halal dan bersih supaya hasilnya berkat.

Perniagaan

Perniagaan adalah baik dan Islam menggalakkannya. Lagipun, hakikat bahawa Nabi s.a.w. pernah berniaga semasa mudanya dan para sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini juga sudah cukup menggalakkan kita untuk melakukannya.

Pada zaman yang serba mencabar ini, anda sepatutnya berusaha menguasai lebih daripada satu kemahiran yang dapat digunakan untuk menyara kehidupan. Di samping mempunyai kelulusan akademik seperti sijil, diploma atau ijazah, anda juga sepatutnya mengasah bakat sendiri dalam bidang yang anda minati.

Kadang-kadang, disebabkan minat yang mendalam dan usaha yang bersungguh-sungguh, seseorang itu boleh berjaya dengan cemerlang dalam susuatu bidang yang tidak dipelajarinya secara formal.

Ramai individu yang berjaya dan terkenal dalam bidang masing-masing, memiliki kelulusan akademik dalam bidang yang berbeza daripada apa yang mereka lakukan dan berjaya mencapai kecemerlangan. Contohnya Chef Wan mempunyai ijazah dalam bidang Perakaunan tetapi beliau terkenal dan menjadi kaya raya  dalam bidang masakan.

Brejaya Dunia dan Akhirat

Namun, perlulah diperingatkan bahawa tujuan utama seseorang itu menjadi kaya adalah untuk memenuhi tujuan syariat, iaitu untuk:

  1. mencari redha Allah
  2. menjadi sebaik-baik khalifah di muka bumi
  3. menjaga harga diri agar tidak meminta-minta
  4. menunaikan tanggungjawab mencari nafkah kepada diri dan keluarga
  5. menggunakan harta ke jalan Allah

Walau apa pun pilihan kita, makan gaji atau berniaga, yang paling penting ialah kita:

  1. sentiasa  mengingati Allah
  2. tetap mendirikan solat
  3. mengeluarkan zakat
  4. takutkan hari kiamat
  5. tidak menipu
  6. tidak berbuat perkara-perkara haram

Semoga Allah memurahkan rezeki kita serta memberi kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat.

an-nur 37

an-nur 38

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung. (An-Nur: 37-38)

 

Kaya tanpa ilmu = mudah ditipu
Kaya tanpa idea/kretiviti = sukar berkembang
Kaya tanpa agama = harta jadi fitnah dunia
Kaya tanpa iman = mengundang musibah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *