Laksanakan Tugas dengan Penuh Minat dan Gembira

Kajian mendapati 80% daripada manusia tidak menjalankan tugas mereka dengan penuh minat dan gembira. Mereka belajar atau menjalankan tugas dengan perasaan malas, tertekan dan rasa tidak puas hati serta serba tidak kena. Ramai juga yang menyesal kerana telah memilih bidang pengajian atau pekerjaan yang sedang mereka lakukan. Dengan penyesalan, kebosanan, kebencian dan ketidakpuasan yang membendung, bagaimana kita dapat belajar dan menjalankan tugas kita dengan menuh minat dan gembira? Tentu sekali tidak mungkin!

Oleh itu, seseorang insan harus berhati-hati sebelum memilih sesuatu pekerjaan atau sebelum menceburkan diri dalam sesuatu lapangan. Sekiranya anda dapati kerja yang anda lakukan sekarang ini benar-benar tidak sesuai dengan jiwa dan bakat anda, maka anda harus berusaha untuk memilih bidang pengajian atau mencari pekerjaan yang lebih sesuai dengan jiwa dan kebolehan anda. Jika anda terus dalam keadaan tidak suka, akibatnya anda akan mengalami berbagai kesulitan.

Sekiranya anda mempunyai gejala berikut, bermakna anda sebenarnya tidak belajar atau menjalankan tugas dengan penuh minat dan gembira:

  1. Tiada ketenangan jiwa.
  2. Anda kerapkali kelihatan sedih dan murung.
  3. Anda merasa kesepian dan keseorangan.
  4. Fikiran anda kerapkali buntu dan tiada buah fikiran yang bernas.
  5. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri.
  6. Kurang kerjasama daripada rakan-rakan setugas.
  7. Anda merasa mudah bosan dalam menghadapi tugas dan hidup seharian.
  8. Anda menaruh perasaan dendam, benci dan prasangka terhadap orang lain.
  9. Proses pencernaan anda lemah iaitu anda merasa tidak lawas buang air besar atau air kecil.
  10. Tekanan darah anda tidak stabil.

Anda perlu ingat bahawa tanpa kebolehan belajar atau menjalankan tugas dengan penuh minat dan gembira, anda tidak akan dapat mencapai kejayaan yang besar. Ralph Waldo Emerson pernah berkata, “Nothing great was ever achieved without enthusiasm”. Kata-kata ini bermaksud, tanpa rasa gembira dan minat yang mendalam, kita tidak akan dapat mencapai sebarang kejayaan yang membanggakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *