Erti kecemerlangan

Kecemerlangan menjadi impian setiap insan yang bergelar pelajar. Kecemerlangan, kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan anda sendiri. Prestasi dan pencapaian anda pada masa depan ditentukan oleh tindakan anda pada hari ini. Pencapaian anda bukan dipengaruhi oleh kejayaan atau kegagalan pada masa lampau. “Let by gone be by gone – Yang lalu sudah berlalu”.

Untuk menjadi pelajar cemerlang, anda perlu menukar pandangan, fikiran dan ideologi anda. Anda perlu yakin bahawa Allah telah mencipta anda dengan sebaik-baik keadaan. Kecemerlangan akan tercipta apabila manusia biasa seperti anda berusaha secara luar biasa.

Kecemerlangan ialah kejayaan dalam pencapaian akdemik serta memiliki akhlak yang luhur. Ingat! Anda sendiri yang menentukan sama ada anda hendak cemerlang, sederhana atau gagal.

(Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dan Hj. Muhammad Zakaria, Petua Pelajar Cemerlang, Telaga Biru, 2005)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *