Cerita Arkitek

Sebelum suatu bangunan boleh dibangunkan secara sah, ia perlu direka bentuk dan mendapat kelulusan oleh majlis tempatan. Orang yang mereka bentuk bangunan itu ialah arkitek.
 
Untuk menjadi arkitek, seseorang itu perlu mengikuti bidang pengajian seni binaSeni bina adalah faktor/unsur fizikal yang mengabungkan elemen seni dan sains. Ia merangkumi tiga keperluan asas manusia iaitu sebagai elemen pelindung, kesenian simbolik serta ekonomi.

 

Sehingga kini terdapat 7 buah IPTA yang menawarkan program pendidikan seni bina. Enam daripadanya telah mendapat akreditasi sepenuhnya dari Lembaga Akitek Malaysia (LAM) iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masih dalam peringkat penilaian.

Selain dari program yang diakreditasi oleh LAM di peringkat LAM Bhg. I dan II, terdapat juga institusi pendidikan yang menawarkan pendidikan kesenibinaan dimana graduan tamat dengan kelayakan Diploma. Institusi yang mengendalikan program seni bina (architectural programmes) tersebut adalah Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Merlimau, dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).

Sehubungan dengan itu terdapat juga 7 buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) iaitu Taylor’s College, Lim Kok Wing College University for Creative Technology (LUCT), Unity College International (UCI), Aliff College, International University College Technology Twintech, University College Sedaya International (UCSI), dan Entrepreaneur Development Institute (EDI) yang mengeluarkan sijil, diploma dan ijazah dalam bidang kesenibinaan. Ini bererti pada keseluruhannya, terdapat sekurang-kurangnya 19 buah institusi pendidikan kesenibinaan di Malaysia.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi arkitek, selepas SPM anda boleh meneruskan pengajian melalui saluran berikut:

  1. Memohon melalui UPU untuk mengikuti pengajian Sarjana Sains Seni bina di UiTM atau Diploma Seni bina di UTM.
  2. Mengikuti program Matrikulasi Sains Kementerian Pendidikan Malaysia dan seterusnya memohon melalui UPU untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di USM, UM, UPM dan UKM. 
  3. Mengikuti program Asasi Seni bina dan Rekabentuk Persekitaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sekiranya cukup syarat, anda boleh memohon untuk mengikuti pengajian  Sarjana Sains Seni bina di UIAM.
  4. Mengikuti Diploma Seni bina di mana-mana universiti swasta.
  5. Kursus ini juga boleh diikuti di universiti luar negara seperti di Australia, New Zealand, United Kingdom.

Pelajar lepasan STPM boleh memohon terus untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni bina di USM, UPM, UM, UKM universiti swasta atau memohon ke universiti luar negara.

Ciri-ciri Peribadi untuk Menjadi Arkitek

  1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap profesion arkitek.
  2. Mempunyai pengetahuan dalam bidang matematik dan lukisan
  3. Memiliki daya imaginasi yang tinggi.
  4. Memiliki kreativiti.
  5. Mampu menyiapkan tugas mengikut masa yang ditetapkan.
  6. Mahir menggunakan komputer.
  7. Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat.

Peluang Kerjaya Arkitek

Pemegang Diploma Seni Bina atau Sarjana Muda Sains Seni bina boleh memohon jawatan pembantu teknik di jabatan kerajaan/badan-badan berkanun dan sebagai pembantu arkitek di firma-firma swasta.
 
Seorang siswazah arkitek boleh bekerja dengan firma arkitek, jabatan kerajaan, badan berkanun, pemaju, kontraktor, pembekal bahan binaan serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri bangunan.
 
Sekiranya anda berminat untuk menjadi arkitek profesional dan membuka firma arkitek sendiri, anda mestilah meneruskan pengajian sehingga berjaya di peringkat Sarjana Muda Seni bina atau Sarjana Sains Seni bina. Selepas itu hendaklah mendaftar sebagai ‘Graduate Architect’ dengan Lembaga Arkitek Malaysia dan bekerja sebagai siswazah akitek sekurang-kurangnya tiga tahun. Kemudian anda mesti lulus ‘Part III Professional Examination’ yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia.
 

Tugas-tugas Seorang Arkitek 

Tugas seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat undang-undang dan akta perancangan setempat.

Seorang arkitek perlu memainkan peranan dan juga bertanggungjawab dalam menyelaras pelaksanaan sesuatu projek bangunan yang boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:

  1. Mereka Bentuk Bangunan – Menganalisis keperluan pelanggan dan lokasi yang dicadangkan sebelum menyediakan lukisan-lukisan lakaran berdasarkan konsep reka bentuk bangunan yang sesuai.
  2. Merancang/pengeluaran – Menyediakan pelan-pelan terperinci untuk kelulusan pihak-pihak berkuasa tertentu dan seterusnya membuat lukisan-lukisan kerja untuk memudahkan pembinaan. pemilihan kontraktor untuk melaksanakan pembinaan boleh dibuat melalui tender atau secara rundingan.
  3. Mengurus Projek – Mengawasi dan menyelia kerja semasa pembinaan. Akitek akan bertindak sebagai ketua kumpulan dan menyelaras tugas pakar-pakar yang terlibat dan kontraktor-kontraktor. Di samping itu, seorang akitek merupakan orang tengah dalam perkara-perkara yang melibatkan empunya bangunan dengan kontraktor seperti spesifikasi, mutu kerja, sijil pembayaran dan perkara lain yang berkaitan.

 

Halatuju Seni bina

Struktur pengajian di IPTA sedia ada: Tempoh Pengajian dan Anugerah

Cerita Arkitek

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *