Bila anda merasa letih atau tidak sihat

JANGAN menyangka bahawa orang lain sepatutnya bersikap baik hati dan bersimpati

SEDARLAH bahawa kebanyakan dari mereka sentiasa sibuk dan menumpukan perhatian kepada urusan masing-masing. Sakit hati atau merasa tersinggung tidak akan berfaedah malah akan memburukkan lagi keadaan. Hadapilah segalnya dengan sabar.

JANGAN sangka keletihan akan hilang, jika anda tidak cuba melupakannya.

SEDARLAH bahawa sekiranya berlaku sesuatu yang tidak betul pada diri atau cara hidup anda, satu-satunya cara untuk merasa lebih gembira ialah dengan berusaha memperbaikinya.

JANGAN menyangka bahawa dengan bersungut atau mengadu atau merintih akan dapat meringankan masalah anda.

SEDARLAH bahawa sikap tersebut tidak akan memperbaiki yang salah, tetapi mungkin menyebabkan orang lain semakin tidak sabar terhadap anda.

JANGAN menyangka anda dapat bertahan sehingga anda jatuh.

SEDARLAH bahawa anda tentu akan pulih lebih cepat, selamat dan berkesan dengan menemui doktor dan mematuhi nasihatnya serta memanjatkan doa.

TETAPI jangan menyangka bahawa sebarang doktor boleh menyembuhkan anda secara mendadak, sekiranya anda berkeras mahu melakukan sesuatu yang bodoh dan sia-sia.

SEDARLAH pentingnya hubungan yang baik dan menyenangkan orang lain. Perasaan tidak senang lebih membuatkan anda letih dan mudah diserang berbagai penyakit.

(Megat Ismail, Motivasi diri anda: Anda adalah anda, SMC, 1987)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *