Laluan Belajar Menuju Pekerjaan

Sistem pendidikan kebangsaan terbahagi kepada lima peringkat: prasekolah, pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas dan pasca menengah.

Laluan_Pendidikan_Malaysia

Murid yang melalui sistem pendidikan kebangsaan akan mengikuti pendidikan formal selama 12 hingga 13 tahun sebelum memasuki pendidikan tinggi (tidak termasuk pendidikan prasekolah). Perbezaan tempoh pendidikan bergantung pada jenis pendidikan pascamenengah dan program prauniversiti yang dipilih. Murid yang mengambil peperiksaan STPM (seperti kelayakan A-levels) atau pilihan alternatif aliran agama melalui Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memerlukan 13 tahun untuk melengkapkan pengajian mereka. Murid yang mengikuti program Matrikulasi pula memerlukan 12 tahun persekolahan. Murid berkeperluan khas juga mempunyai pilihan tambahan tempoh dua tahun untuk menamatkan persekolahan mereka.

Pelaksanaan 13 tahun tempoh persekolahan sehingga tamat STPM adalah sama jika dibandingkan dengan sistem pendidikan negara maju seperti yang diamalkan di England dan Scotland. 

Pada masa ini, murid yang telah selesai menduduki SPM mempunyai beberapa pilihan pendidikan pascamenengah; STPM (bersamaan dengan A-Level), matrikulasi, atau pentaksiran alternatif yang disediakan oleh sektor swasta. Pilihan yang paling digemari termasuk diploma A-Levels, South Australian Matriculation, the American Associate Degree Programme, dan Canadian Pre-University. Sektor awam turut menyediakan pelbagai pilihan, antaranya, STPM yang mendapat pengiktirafan oleh banyak universiti luar negara manakala kelayakan program matrikulasi sedia ada hanya diterima untuk kemasukan ke universiti awam dalam negara.

 carta_alir_proses_pembelajaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *