Kemahiran Belajar

Kemahiran belajar secara berkesan dapat membantu anda mencapai kejayaan cemerlang  dalam peperiksaan. Ini bukan bermakna anda harus mengambil masa yang lama untuk belajar tetapi yang penting ialah cara anda belajar.

Umi akan memberikan panduan tentang teknik belajar yang betul bagi pelajar-pelajar di semua peringkat. Anda akan mendapat maklumat mengenai pengurusan masa, teknik mencatat nota, cara membaca dan mengingat secara berkesan serta berbagai tips berguna sebagai asas kecemerlangan diri.

Selain itu, blog ini juga akan memberikan kesedaran dan perkembangan kerjaya.  Umi akan berkongsi maklumat mengenai pelan tindakan persediaan kerjaya, teori pemilihan kerjaya dan tips temuduga.

Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia pertama mencapai kejayaan. Yakinlah pada kebolehan dan kekuatan diri sendiri. Sesungguhnya kejayaan ada di mana-mana asalkan kita berusaha untuk mencapainya., bak kata pepatah, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

Yakin boleh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *