Belajar Secara Produktif

Assalamualaikum,

Untuk menjadi pelajar yang berjaya, sudah semestinya anak-anak perlu membuat ulang kaji pelajaran dengan membaca, menulis nota dan membuat latihan. Semasa umi belajar di sekolah dan universiti, umi sentiasa berdisiplin dalam membuat ulang kaji. 

Sebenarnya kita tidak semestinya mengulang kaji dalam masa yang panjang. Yang pentingya kita produktif iaitu dapat faham dan ingat apa yang dibaca. Kalau kita belajar terus menerus dalam masa yang panjang, kita akan merasa letih. Keupayaan otak kita akan menurun dan kita akan mengalami masa yang tidak produktif. 

Pelajar yang produktif belajar banyak perkara dalam masa yang paling singkat. Masa permulaan kita belajar dipanggil ‘prime time’ atau ‘masa utama’. Buatlah jadual belajar secara sistematik. Kita digalakkan untuk mentelaah pelajaran yang paling susah dahulu diikuti dengan pelajaran lain. Selepas 20 hingga 30 minit belajar, amalkan rehat mikro selama 2 ke 3 minit.

Semasa rehat mikro, kita boleh lakukan perkara-perkara berikut:

  1. Alihkan pandangan ke sasaran yang lebih jauh sambil mengelip-ngelipkan mata. Elok kalau dapat melihat pokok yang hijau.
  2. Lakukan aktiviti regangan otot sambil berdiri atau sambil duduk untuk menghilangkan keletihan.
  3. Kalau ada binatang peliharaan, elok juga kalau boleh berkomunikasi dengan binatang peliharaan semasa rehat.
  4. Minum air kosong.

Teruskan belajar dengan tenang sehingga tamat masa yang telah dijadualkan. Seloknya, masa belajar tidak lebih daripada 2 jam setiap kali belajar. 

Setiap kali hendak mula dan selesai belajar, jangan lupa membaca doa. Antara doa yang boleh dibaca ialah seperti berikut:

Doa Sebelum Belajar

doa selepas belajar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *