Adakah anda seorang yang bermatlamat?

Seperti yang Umi nyatakan dalam post yang lepas, setiap individu sepatutnya mempunyai perancangan untuk mencapai kejayaan dalam hiudp. Perancangan perlu dilaksanakan berdasarkan matlamat hidup yang hendak dicapai.

Berikut ialah kuiz untuk mengetahui sama ada anda seorang individu yang mempunyai matlamat dalam hidup atau tidak.

Sila jawab dengan jujur, YA atau TIDAK untuk setiap soalan berikut.

  1. Adakah anda sedang memikirkan perkembangan diri lima tahun akan datang?
  2. Adakah anda mempunyai matlamat untuk jangka masa lima tahun akan datang?
  3. Adakah rakan-rakan dan keluarga anda mengetahui matlamat itu?
  4. Adakah anda telah bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan matlamat tersebut tercapai?
  5. Adakah anda kadang-kadang berasa cemburu atas kejayaan orang lain?
  6. Adakah anda pernah mengalami kegagalan dalam usaha mencapai matamat?
  7. Adakah anda mempunyai satu kaedah kemajuan kerjaya dan peribadi anda?
  8. Apabila anda menghadapi masalah, adakah anda berusaha mengatasinya?
  9. Adakah anda seorang yang tidak suka menangguh-nangguh kerja?
  10. Adakah anda bersikap hati-hati dalam segala tindakan?
  11. Adakah anda berkeupayaan menghadapi sesuatu cabaran?
  12. Adakah anda mementingkan keutamaan semasa membuat senarai matlamat yang anda ingin capai?
  13. Adakah anda kekurangan masa untuk menumpukan perhatian bagi mencapai kejayaan?
  14. Adakah anda berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai selama ini?

SKOR JAWAPAN

Jumlahkan bilangan jawapan YA yang anda peroleh daripada soalan di atas. Kemudian bandingkan jumlah tersebut dengan jawapan di bawah.

11-14:  Anda mempunyai matlamat yang jelas dan telah berusaha untuk mencapainya. Keep up the good work

6-10:  Anda mempunyai matlamat tetapi anda kurang berusaha. Baiki kelemahan yang ada dan teruskan usaha anda itu.

0-5:  Anda mempunyai matlamat yang kurang jelas. Sedarilah bahawa matlamat anda itu penentu kejayaan masa depan anda.

“Orang yang bijaksana lebih banyak kesempatan daripada yang ditemuinya”

“Pengetahuan ialah kekuasaan”

 

One thought on “Adakah anda seorang yang bermatlamat?

  1. Pingback: 10 Tips Menghadapi Kegagalan | Motivasi Islamik dalam Usaha Menuntut Ilmu dan Bekerjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *