7 langkah merancang matlamat hidup

Hidup kita akan lebih bersemangat sekiranya kita mempunyai matlamat. Setiap tahun, kita sepatutnya menguatkan azam untuk mencapai matlamat hidup yang telah dirancang. Rancanglah kehidupan dengan:

  1. Menentukan apa yang anda inginkan dalam hidup anda. Buatlah senarai dan baca matlamat anda setiap kali sebelum tidur dan ketika bangun tidur.
  2. Menentukan siapa diri anda yang ingin anda bentuk. Senaraikan setiap personaliti yang ingin anda pupuk. Semua boleh terhasil sekiranya anda mempunyai kekuatan mental yang kukuh.
  3. Menentukan matlamat jangka panjang  (5 tahun atau lebih) untuk kehendak dan imej diri anda sendiri.
  4. Menentukan matlamat jangka pendik (setahun atau kurang) ke arah pencapaian matlamat hidup anda.
  5. Membuat rancangan untuk mencapai matlamat tersebut.
  6. Membahagikan rancangan anda supaya boleh dicapai sedikit demi sedikit.
  7. Belajar untuk berfikir dan merancang masa anda dengan bijaksana dan berfaedah. Senaraikan rancangan anda satu persatu.

Rancangan — Keyakinan — Tindakan — Ketabahan — Kejayaan

“Pengetahuan ialah kekuasaan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *