4 unsur kecemerlangan diri

Setiap individu tentu mempunyai keinginan untuk cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan. Terdapat 4 unsur di dalam diri manusia yang perlu mempunyai hubungan yang seimbang dan berterusan iaitu jasad, emosi, minda dan rohani.

Jasad ialah bentuk fizikal manusia. Amalan hidup yang sihat amat penting untuk merangsang jasad. Dorongan emosi negatif yang berlebihan akan membuatkan kita tertekan dan mewujudkan pelbagai jenis penyakit seperti migrain, sakit jantung dan darah tinggi. Orang yang tidak mempunyai ketenangan diri dari segi rohani, mental dan emosi mempunyai jasad yang tidak sihat dan mudah terkena penyakit.

Emosi merupakan aspek perasaan yang berhubung rapat dengan minda dan rohani. Emosi wujud daripada pemikiran yang mencetuskan perasaan dan kemudian membentuk perilaku. Emosi mampu dirangsang dengan sifat-sifat positif seperti sabar, tabah, tinggi daya tahan dan sebagainya.

Minda berkait rapat dengan keseluruhan diri, emosi dan jasad kita. Minda boleh didefinisikan sebagai pembentuk diri dan ingatan yang diasaskan oleh otak dan minda separa sedar yang berfungsi secara total.

Rohani ialah unsur yang paling penting dalam diri manusia. Tuhan telah menghidupkan kita dengan meniupkan roh ke dalam jasad kita. Apabila manusia mati, jasad akan hancur tetapi roh akan kekal selam-lamanya.

“If you’re going to be thinking, you may as well think big” – Donald Trump

(Rubiah Aksah dan Ong Yea Jing, Belajar Cara Belajar, Karya Bestari, 2005)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *