4 cara mengatasi kegagalan hidup

Bagi orang yang berfikiran positif, kegagalan itu tidak lebih dari satu pengalaman hidup. Berpandukan pengalaman ini, mereka akan dapat hidup berjaya dan akan mencapai matlamat yang mereka idamkan selama ini. Jangan sekali-kali bersikap mengaku kalah atau bersikap negatif. Bina kekuatan untuk mempertahankan diri dari ombak dan badai kegagalan yang menyerang anda.

4 cara mengatasi kegagalan hidup:

  1. Analisis dengan teliti faktor-faktor yang telah menyebabkan anda gagal dalam sesuatu perkara yang anda telah jalankan. Susun dan atur rancangan baru dan bina strategi baru yang boleh membawa anda ke arah kejayaan.
  2. Teliti kelemahan anda sendiri. Cuba atasi kelemahan itu. Anda hendaklah jujur pada diri sendiri. Selagi kelemahan ini tidak dibasmi, selama itulah anda akan mengalami kegagalan di dalam setiap usaha dan rancangan anda.
  3. Jangan menyesali nasib buruk yang menimpa anda. Anda tidak harus bergantung kepada nasib. Anda mesti meneruskan usaha anda. Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang gigih.
  4. Jangan takut untuk mencuba dan menggunakan pendekatan baru. Jangan ulang pendekatan yang telah membawa kegagalan kepada anda. Praktikkan pendekatan baru dengan yakin sehingga anda beroleh kejayaan.

(Lotfi Ismail, Membina Diri, Arenabuku Sdn. Bhd., 1991)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *