11 Impak Negatif Internet Terhadap Remaja

Assalamualaikum,

Berdasarkan pembacan umi dalam jurnal saintifik, kajian mendapati ketagih internet sudah menjadi satu epidemik yang semakin meningkat.

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2010 di Malaysia, mendapati lebih daripada 60,000 remaja menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Berdasarkan kajian kebangsaan di Amerika Syarikat, Dr. Kimberly Young telah menubuhkan pusat pemulihan untuk ketagihan internet bagi membendung gejala ini. Ketagihan terhadap internet memberikan impak negatif kepada remaja seperti berikut:

  1. Kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.
  2. Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer.
  3. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe.
  4. Mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.
  5. Ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.
  6. Sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan di internet.
  7. Remaja berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet. Keadaan ini boleh membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia.
  8. Golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.
  9. Boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.
  10. Tumpuan terlalu lama terhadap internet boleh mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu dan sistem ketahanan badan kurang.
  11. Remaja lebih suka menyendiri dan bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman tidak sihat.

Anak-anak, cubalah hadkan masa menggunakan komputer atau gajet supaya setiap kali tidak melebihi satu jam. Jangan sampai anda perlu dihantar ke hospital psikiatri atau pusat rawatan untuk menjalani rawatan “digital detox” seperti yang berlaku di Amerika dan Jepun.

Ingatlah bahawa sesungguhnya syaitan suka kepada orang yang lalai dan tidak pandai mengurus masa mereka. Amalkan doa berikut agar kita dijauhkan daripada gejala negatif internet yang berpunca daripada pengaruh syaitan.

doa perlindungan daripada syaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *